Saturday, October 6, 2012

web counter
ASSALAMUALAIKUM
BISMILLAHIRROHMAANIRROHIM

RAWATAN PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH GANGGUAN JIN ATAU MAKHLUK HALUS
ANTARA PENYAKIT ATAU GANGGUAN-GANGGUAN YANG MELIBATKAN PERANAN DAN CAMPUR TANGAN JIN IALAH ANTARANYA

MARAH KERANA CEDERA
Kecederaan yang berlaku kepada jin akibat tindak tanduk manusia tanpa diketahui.Jin yang tercedera ingin membalas dendam.Petandanya pesakit kadangkala koma,pengsan atau tidak sedar.Kadangkala sakit pada bahagian tertentu

SANTAU ANGIN
Petanda terkena santau ialah sering batuk berpanjangan,gatal dikawasan tekak dan dada,bisa-bisa sendi,muntah darah,mimpi objek berbisa,badan panas/seram sejuk menjelang maghrib,kuku kehitaman dan tangan sering berpeluh.

SIHIR PEMISAH RUMAH TANGGA 

Petandanya ialah kerap gagal melakukan hubungan kelamin,nafsu dingin,kerap bermimpi ular hitam,bermimpi jatuh dari tempat tinggi,bermimpi berada ditempat kotor,mimpi seram,sering pening kepala,sakit pinggang tanpa sebab klinikal selepas waktu asar keatas,kerap bergaduh perkara remeh-temeh,benci bila melihat muka pasangan dan bunyi guli diatas syiling rumah.

JIN ASYEK
Jin yang jatuh cinta kepada manusia tidak kira isteri atau suami orang.Petandanya seperti keadaan yang berlaku kepada pasangan yang terkena  sihir pemisah

SIHIR PENGASIH 

Petanda terkena sihir ini ialah pesakit sering termenung,rasa keliru,sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali,nafsu membuak-buak pada pasangan yang baru dikenali,sering sakit tulang belakang tanpa sebab klinikal dan sering bermimpi ular hitam.

SIHIR JERUT 

Sihir ini kerap terjadi pada pasangan yang baru berkahwin,zakar suami kerap layu bila hendak melakukan hubungan kelamin dengan isteri.Masalah hubungan kelamin ini berlaku secara konsisten,sihir ini terjadi akibat hasad dengki sesuatu pihak.

 GILA MEROYAN 

Gila meroyan kerap terjadi pada kaum ibu yang baru melahirkan anak,ini terjadi bila ada unsur gangguan menyebabkan si ibu hilang kawalan dan ingin mencederakan bayinya sendiri.

ILMU SALAH 

Petanda orang mengamalkan ilmu salah ialah sifatnya panas baran,wajah kusam kehitaman dan mata agak garang kemerahan.Ilmu salah disini ialah menuntut segala ilmu kebatinan ataupun silat batin,reiki,tenaga dalam dan paranormal
SUSUK
Susuk jika tidak dibuang akan menyebabkan pesakit mati dalam penuh keazaban.Tujuan mereka memakai susuk adalah untuk kekuatan atau kecantikan palsu dimana jarum/objek yang dimasukkan kedalam kulit wajah ada unsur ikatan dengan jin/syaitan.

 SIHIR PELALAU 

Petanda sihir ini lebih kepada berat jodoh dimana pesakit sering menolak lamaran pasangan disaat-saat akhir,wajah kusam tiada seri dan sering sakit pinggang selepas waktu asar keatas
SAKA 
Petanda terkena saka ialah sering bermimpi menyusukan bayi,mimpi rumah lama,mimpi dikelilingi kanak-kanak,mimpi ahli keluarga yang telah lama meninggal dunia,tahu sesuatu perkara sebelum terjadi,mendakwa boleh melihat makhluk halus,salasilah keturunan ada yang boleh mengurut,bidan ataupun boleh mengubat secara tradisional,sering sakit/pengsan bila menziarahi orang meninggal dunia,sakit lutut bila usia tua,nyanyuk bila usia tua.

 KANSER 

Kanser adalah sejenis penyakit yang ada antaranya berpunca dari gangguan jin.Gangguan jin pada saluran uratsaraf darah menyebabkan pertumbuhan sel-sel badan terganggu ia  berkembang secara abnormal,
SIMPTOM-SIMPTOM GANGGUAN JIN

KETKA TIDOR

*Dihimpit sesuatu ketika tidur.

*Bunyi gigi ketika tidur.

*Mimpi bayi atau budak kecil yang disayangi ketika tidur.

*Mimpi binatang berbisa seperti ular, kala jengking dll.

*Mimpi menakutkan.

*Mimpi paderi, salib dan gereja.

*Mimpi tanah perkuburan.

*Mimpi benda kotor, jijik dan sampah sarap.

*Mimpi tersentak jatuh dari tempat tinggi.

*Terdengar suara orang datang menyergah ketika tidur.

*Mimpi benda tajam seperti jarum, pisau, miang buluh.

*Terasa ada menyentap kaki ketika tidur.

*Terasa ada benda ‘meniduri’ ketika tidur.

*Mimpi makhluk yang menyeramkan datang mengacau.

*Mimpi lembaga berdialog perkara yang tidak baik ketika tidur.

KETIKA JAGA


*Sakit tulang belakang.

*Sakit kepala luar biasa.

*Istihadah. (haid lebih 15 hari)

*Terasa ada benda yang mengekori.

*Takut tidak bersebab.

*Sakit bahagian rusuk kiri dan kanan.

*Sesak nafas waktu maghrib.

*Ragu-ragu tentang iman.

*Pengsan dan sawan tanpa sebab.

*Sakit anggota badan tertentu tanpa sebab.

*Sakit tulang empat kerat.

*Takut menziarahi jenazah.

*Terasa sesuatu bergerak di tapak kaki.

*Gelisah ketika mendengar al Quran dan azan.

*Rasa seperti hampir mati.

*Nampak bayang-bayang melintas.

*Sukar lelapkan mata.

*Terasa ada benda menolak ketika memasuki tandas.

*Ada bisikan yang menyuruh melakukan maksiat.

*Sakit bahagian perut tanpa sebab.

*Ketumbuhan ganjil pada anggota badan.
PROSEDUR RAWATAN ISLAM SUPAYA CEPAT SEMBUH DARI GANGGUAN JIN ANTARANYA

1)  Menjalani rawatan  dari perawat  rawatan Islam

2) Amalkan minum  air yang telah di doa atau dibaca kalimah Allah 

3) Mandi air yang telah didoa atau dibaca kalimah Allah

4) Spray air doa atau yang telah dibaca kalimah Allah ke seluruh kawasan dalam dan luar rumah .

5) Selalu pasangkan CD kalimah Allah yang tertentu 

6) Lakukan solat hajat minta sembuh dari Allah
              



RAWATAN  ADALAH MENGGUNAKAN DOA DAN DOA-DOA DARIPADA HADITH NABI                                                    DAN BACAAN KALIMAH ALLAH  

             KENAPA ANDA PERLU MENDAPATKAN RAWATAN KAEDAH ISLAM ?

           Hukum mendapatkan rawatan dari bomoh yang menggunakan bantuan jin untuk menghalau atau                                                   menyingkirkan jin adalah syirik.

 TANDA-TANDA YANG BOLEH DIKENALPASTI SESUATU PENYAKIT ITU DISEBABKAN OLEH CAMPUR TANGAN MAKHLUK HALUS IALAH 

*APABILA DIBACAKAN  DOA ATAU AYAT2 TERTENTU RASA SAKIT BERTAMBAH ATAU TIBA-TIBA BERLAKU KESAKITAN PADA TEMPAT-TEMPAT TERTENTU DI DALAM TUBUH PESAKIT.

*KADANGKALA BERLAKU SESAK NAFAS ATAU RASA TERLAMPAU MENGANTUK.


*ATAU BADAN PESAKIT BERGEGAR ATAU MENGGELETAR ATAU PESAKIT MENJADI AGRESIF   
            


BAGAIMANAPUN ADA JUGA KES DIMANATANDA-TANDA INI TIDAK BERLAKU SEMASA "SCAN" KERANA MAKHLUK TERSEBUT KELUAR SEMASA RAWATAN


*KADANGKALA GANGGUAN KESAKITAN BERLAKU SEMASA PESAKIT MENDCENGAR ATAU MEMBACA ALQURAN ATAU HENDAK SOLAT ATAU SEMASA SOLAT.


 *PESAKIT MENGGELISAH SEMASA MENDENGAR AZAN.


*SUKAR TIDUR ATAU SEMASA TIDUR BERMIMPI YANG MENAKUTKAN ATAU MEMENATKAN KERANA DIKEJAR BINATANG SEPERTI ANJING.


*ADA PESAKIT KADANGKALA DAPAT MELIHAT MAKHLUK HALUS DENGAN RUPA YANG MENGGERUNKAN.


*ADA PESAKIT YANG MENDENGAR BISIKAN SUPAYA MELAKUKAN SESUATU 


JIKA ANDA ATAU AHLI KELUARGA ANDA MEMPUNYAI TANDA-TANDA TERSEBUT SILA DAPATKAN RAWATAN SEGERA DENGAN MANA-MANA PERAWAT ISLAM.

Akhir sekali selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad(s.a.w),para sahabat dan ahli keluarga baginda.Amin.

________________________________________________________________________________

AJI MAT
Perunding Rawatan

Tarikh Kemaskini :11.1.2015